Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) kembali ditutup lebih tinggi pada sesi dagangan Selasa selepas mencatatkan prestasi mengecewakan semalam.
Kenaikan itu disokong oleh harga minyak yang semakin rendah, sekali gus membantu meningkatkan sentimen pelabur.
Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) merosot lebih 1.7% selepas beberapa kapal tangki selamat melintasi Selat Hormuz.
Situasi tersebut memberi isyarat bahawa laluan air berkenaan akan dibuka semula tidak lama lagi.
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones meningkat 0.83%, S&P 500 naik 1.01%, manakala Nasdaq Composite pula mencanak 1.22%.
Semua 11 sektor S&P 500 termasuk sektor teknologi, budi bicara pengguna dan perkhidmatan komunikasi didagangkan lebih tinggi.
Sementara itu, saham Nvidia melonjak 1.7% selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jensen Huang menjangkakan pesanan bernilai $1 trilion untuk sistem Blackwell dan Vera Rubin Nvidia sehingga 2027.
Tumpuan pelabur kini beralih kepada keputusan dasar Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis apabila bank pusat menilai impak ekonomi perang Iran.
Laporan pendapatan daripada tiga syarikat utama iaitu Lululemon, DocuSign dan Oklo dijangka diterbitkan pada Selasa.






















































