24 Syarikat China Terima Padah

588

Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam 24 syarikat China dan individu yang didakwa terbabit dalam aktiviti pembinaan dan ketenteraan Beijing di Laut China Selatan.

Lapor Channel News Asia, tindakan itu adalah yang pertama kali seumpamanya dilaksanakan oleh AS terhadap China membabitkan tindakan Beijing di wilayah pertikaian tersebut.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, berpuluh-puluh syarikat memainkan peranan membantu pembinaan dan ketenteraan pulau buatan China di wilayah itu.

Antara syarikat yang disenarai hitam termasuklah Guangzhou Haige Communications Group, beberapa firma yang mempunyai kaitan dengan China Communications Construction seperti Beijing Huanjia Telecommunication, Changzhou Guoguang Data Communications, China Electronics Technology Group dan China Shipbuilding Group.

Dalam perkembangan berlainan, Jabatan Negara AS memaklumkan sekatan visa akan dikenakan terhadap rakyat China yang turut bertanggungjawab atau terlibat.

AS mendakwa China cuba memperluaskan kuasa ketenteraannya di Laut China Selatan dan berniat untuk menakutkan negara-negara Asia.

Dalam pada itu, jurucakap kedutaan China di Washington mengutuk sekatan AS itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan menggesa AS supaya menarik balik sekatan tersebut.

Jelas jurucakap terbabit, Laut China Selatan adalah sebahagian daripada wilayah China dan Beijing berhak untuk membina kemudahan dan menghantar peralatan ketenteraan di situ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat