3 Faktor Ini Adalah Sebab Pasaran Kripto Kucar Kacir Semenjak Ini!

12,735

Harga Bitcoin menjunam hampir $30,000 seunit meneruskan penjualan yang besar bermula seminggu yang lalu.

Matawang kripto tersebut turun lebih dari 30% pada hari ini kepada $ 30,015.02, berdasarkan Coin Metrics.Bitcoin (BTC) sebelum ini belum diperdagangkan di bawah $30,000 sejak akhir Januari.

Penurunan hari Rabu menyebabkan kerugian bitcoin selama seminggu terakhir jatuh lebih daripada 40%. Hal ini bermakna kejatuhan Bitcoin sejak minggu lepas telah menghapus semua keuntungan yang didorong oleh pengumuman Tesla yang mengumumkan pembelian Bitcoin bernilai $ 1.5 bilion. Ia juga turun lebih dari 50% sejak mencapai paras tertinggi $ 64,829 pada pertengahan April.

Kripto lain juga terkesan akan hal ini seperti Ethereum, turun lebih dari 30% kepada $ 2,235. Dogecoin yang menjadi perhatian telah turun dari 30% kepada kira-kira 32 sen dolar.

Antara faktor yang mendorong kepada kejatuhan BTC dan kripto lain adalah pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk yang sudah tidak menaruh minat terhadap Bitcoin kerana mencemarkan alam. Kemudian kenyataan susulan yang berbau ugutan bahawa Tesla mungkin menjual pegangan Bitcoin

Faktor ketiga pula ada kenyataan yang ditafsirkan bahawa tiga badan perbankan dan industri pembayaran China mengeluarkan pernyataan yang memberi amaran kepada institusi kewangan untuk tidak menjalankan perniagaan berkaitan matawang kripto, termasuk perdagangan atau pertukaran mata wang fiat dengan kripto.

Menurut penganalisis, pemain pasaran masih mengamati dan menghadam laporan terkini. Tambah beliau pasaran kripto kelihatan suram buat masa ini namun ia merupakan satu lagi rintangan untuk Bitcoin melonjak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat