3 Isu Yang Menjadi Penghalang Kepada Perlaksanaan Pelan Rangsangan EU

441

Suruhanjaya Eropah telah melancarkan pelan rangsangan bernilai €750 bilion untuk membantu negara anggota yang terjejas teruk akibat pandemik coronavirus. Bagaimanapun, disebabkan 3 halangan ini, negara-negara tersebut perlu menunggu lebih lama sebelum menerima bantuan kewangan tersebut.

Hal ini kerana, kesemua 27 pemimpin Kesatuan Eropah (EU) perlu bersetuju ke atas setiap butiran pelan rangsangan yang diusulkan oleh Suruhanjaya Eropah sebelum ia dilaksanakan. Berikut merupakan 3 isu yang menjadi persoalan kepada pelaksanan pelan dana pemulihan EU buat masa ini.

1. Berapa banyak perlu dipinjam?
Bulan lalu, Suruhanjaya Eropah telah mencadangkan untuk meminjam sebanyak €750 bilion dari pasaran awam dengan tujuan untuk mengagihkan wang €500 bilion melalui bentuk geran dan €250 bilion lagi dalam bentuk pinjaman. Namun begitu, idea ini tidak dipersetujui oleh beberapa negara anggota EU.

Austria, Belanda, Denmark dan Sweden antara negara yang menentang cadangan tersebut yang lebih memilih sokongan kewangan dalam bentuk pinjaman berbanding geran dan tanpa mengambil hutang bersama EU.

2. Siapa dan apa yang akan diperoleh?
Halangan kedua dalam pelaksanaan ini adalah bagaimana untuk mengira dana yang akan dibahagikan.

Dalam cadangan asalnya, Suruhanjaya Eropah mencadangkan supaya geran perlu dibahagikan dengan mengambil kira populasi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita dan pengangguran.

Namun, timbul pula kritikan yang mengatakan data ini tidak cukup untuk membuktikan negara mana yang paling banyak terjejas akibat COVID-19.

3. Cara mengawasinya
Pemimpin juga harus memutuskan bagaimana mereka akan memantau penggunaan dana tersebut.

Suruhanjaya Eropah mencadangkan negara anggota perlu menyusun rancangan pemulihan yang menggariskan reformasi dan keutamaan pelaburan mereka sehingga tahun 2024. Ini kemudiannya akan membantu institusi Eropah mengesan dana pemulihan yang dibelanjakan.

Sebelum ini, Hungary dan Republik Czech pernah didakwa kerana menyalahgunakan wang Eropah.

Kesemua 27 pemimpin EU dijadualkan akan berbincang mengenai pelan dana pemulihan tersebut pada minggu depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat