3 Isyarat Penting Daripada Pengukuhan Data Pekerjaan Amerika Syarikat Jumaat Lalu!

55

Anda gembira dengan laporan pekerjaan Amerika Syarikat yang diumumkan Jumaat lalu?

Tahukah anda bahawa laporan sektor tersebut membawa isyarat kepada 3 aspek penting secara umumnya iaitu :

1.Ekonomi

Pengukuhan angka pekerjaan kepada 161,000 pekerjaan pada bulan Oktober dengan peningkatan 44,000 pekerjaan untuk dua bulan sebelumnya membawa berita gembira kepada ekonomi AS secara keseluruhannya. Penambahan jumlah pekerjaan kepada ekonomi AS menunjukkan bahawa ekonomi negara tersebut berada pada tahap yang stabil.

Dalam masa yang sama, keputusan itu juga menggalakkan syarikat-syarikat untuk melabur dengan lebih banyak kepada ekonomi AS.

  1. Fed

Sebahagian besar tumpuan angka pekerjaan ini memberi fokus kepada pertemuan Fed yang dijadual bakal berlangsung 13 hingga 14 Disember nanti. Pertemuan itu juga bakal merubah reaksi pasaran selepas White House mendapat pengganti baru selepas pilihanraya presiden AS, 8 November 2016 ini.

  1. Pasaran Kewangan

Angka yang dilaporkan Jumaat lalu memberi petanda bahawa ekonomi Amerika Syarikat sedang dalam fasa memulih. Walaupun kekal meningkat dalam paras sederhana, ia sekurang-kurangnya kekal berada di landasan yang betul. Pun begitu, ia terus menjadi persoalan sama ada Fed ‘sanggup’ dan ‘berupaya’ untuk meningkatkan kadar pada penghujung tahun ini. Apa-apa pun, nasib pasaran akan kekal bergantung kepada keputusan Fed nanti.

Analisa Teknikal Mingguan 7 November – 11 November 2016

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat