3 Peringatan Penting Untuk Anda Mulakan Dagangan Pada Hari Ini

59

Cuti Umum Di Jepun

Bank tutup diseluruh Jepun hari ini bersempena Hari Sukan dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, pasaran hadapan (futures) masih dibuka di kaunter pertukaran Asia seperti New Zealand, Australia, Singapura, Hong Kong dan lain-lain.

Fokus Yen masih tertumpu kepada kempen pilihan raya di Jepun dimana kesemua parti dilihat membawa kehadapan isu GST negara apabila kerajaan Abe bercadang menaikkan cukai daripada 8% kepada 10% tahun depan. Yen terikat dengan sentimen yang berlaku di Korea Utara selepas ada desas-desus mengatakan mereka akan mula menjalankan ujian peluru berpandu yang baru minggu ini.

Hal-hal Yang Berkaitan Di Zon Eropah

Jerman merupakan penyumbang terbesar dalam kesatuan Eropah (EU) dengan memiliki hampir 21.1 peratus daripada GDP EU pada tahun 2016. Parti CDU di bawah pimpinan Angela Merkel masih lagi dalam proses rundingan bersama parti FDP dan parti Hijau bagi membentuk sebuah kerajaan campuran selepas parti CDU tidak berjaya membawa pulang majoriti kerusi pada pilihan raya bulan September lalu. Keputusan pembentukan kerajaan di Jerman antara ssalah satu faktor yang akan menentukan kekuatan matawang Euro di masa hadapan.

Selain itu fokus hari ini tertumpu kepada keputusan di parlimen Catalonia berkenaan undian kemerdekaan mereka keluar daripada Sepanyol. Walaupun kerajaan Sepanyol tidak mengiktiraf undian tersebut, penganalisis tetap akan melihat sejauh mana keputusan di parlimen hari ini akan memberi kesan kepada Sepanyol dengan Catalonia memegang hampir 20 peratus GDP negara. Selain itu Sepanyol juga penyumbang ke-5 terbesar ekonomi zon Eropah, oleh itu perubahan di Sepanyol turut akan memberi impak kepada kedudukan ekonomi dalam kesatuan EU.

Jerman akan mengeluarkan data pengeluaran industri bulan ke bulan (m/m) pada jam 2 petang dengan jangkaan peningkatkan 0.9% pada bulan September.

Cuti Umum di Kanada dan US

Bank di Kanada dan US juga ditutup berikutan cuti Hari Kesyukuran dan pasaran dijangka akan bergerak perlahan pada hari ini. Indeks US dolar secara keseluruhannnya berjaya mengekalkan pengukuhan 4 minggu berturut-turut walaupun sedikit di tekan dengan sentimen risk-off yang dimainkan oleh Korea Utara pada akhir dagangan Jumaat lalu. Antara fokus selepas NFP adalah data-data yang menjadi tumpuan Fed seperti bacaan inflasi, data pekerjaan dan juga ulasan-ulasan ahli Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat