3 Peristiwa Makroekonomi Ini Boleh Bentuk Pasaran Kripto Pada 2023!

406

“Nampak macam logik tapi kita kena tunggu dan lihat.”

Pasaran mata wang kripto menghadapi pendarahan ketara pada tahun lepas, namun ia mula menyaksikan pemulihan pada 2023 dan perkembangan makroekonomi didapati berupaya membentuk dunia aset digital.

Berikut adalah tiga peristiwa berasingan yang mungkin mempunyai pengaruh penting ke atas kripto, ekonomi global, nilai ekuiti dan logam berharga.

Inflasi

Inflasi adalah kebimbangan utama bagi pelabur susulan ia memainkan peranan penting dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) pada 2023.

Difahamkan, inflasi yang melambung tinggi bukan sahaja menyukarkan syarikat untuk meningkatkan jualan dan hasil malah menghalang pelabur runcit daripada melabur dalam aset digital berisiko tinggi.

Ekoran itu, pelabur akan meneliti bagaimana inflasi dapat memberi kesan kepada AS dan ekonomi global.

Kemelesetan (Recession)

Menurut Kristalina Georgieva, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata bahawa tahun baru akan lebih sukar, di mana beliau jangka satu pertiga daripada ekonomi dunia akan berada dalam kemelesetan.

Susulan pasaran menghadapi kemelesetan ketara, pertumbuhan tiga ekonomi terbesar dunia iaitu AS, Kesatuan Eropah (EU) dan China mula perlahan secara serentak.

Ditambah pula dengan pengetatan monetari yang agresif dan ketegangan geopolitik, kemelesetan ekonomi akan memberi kesan kepada pasaran global dan memaksa syarikat kripto untuk menutup operasinya.

Gangguan Rantaian Bekalan Global

Selain peperangan berterusan antara Rusia dan Ukraine, keadaan COVID-19 di China yang masih tidak terkawal adalah antara situasi dapat membebankan rantaian bekalan global.

Gangguan dalam rantaian bekalan global bagi gandum, gas asli, elektronik dan komoditi lain mampu membawa harga yang tinggi untuk barangan lain.

Jika terdapat krisis berterusan dalam pasaran kewangan disebabkan perkara itu, pasaran kripto mungkin tidak dipedulikan ataupun pertumbuhan perkhidmatannya terhalang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat