3 Perkara Yang Tak Akan Dilakukan Oleh Forex Trader Berjaya!

5,625

Pasti ramai yang mengimpikan untuk bergelar seorang forex trader berjaya dengan keuntungan berlipat kali ganda. Namun, ianya bukanlah sebuah bidang kerjaya yang mudah dan memerlukan usaha yang gigih!

Justeru itu, untuk merealisasikannya, anda perlu elakkan 3 perkara ini!

1. Lupa Untuk Meletakkan Stop Loss

Forex trading merupakan pasaran terbesar di dunia. Oleh itu, ianya terdedah kepada pelbagai risiko yang tidak dijangka. Jadi, setiap forex trader perlulah sentiasa cakna dan berhati-hati dalam setiap tindakan.

Jangan biarkan kecuaian diri mengorbankan keuntungan yang bakal diperolehi. Salah satu aspek yang sentiasa dititikberatkan ialah meletakkan stop loss. Apakah fungsi stop loss?

Stop loss diletakkan pada level harga untuk meminimakan kerugian apabila graf bergerak ke arah berlawanan. Seorang forex trader yang berjaya akan sentiasa peka dan tidak akan melakukan kesilapan yang remeh begini.

2. Berhenti Belajar Sesuatu Yang Baru

Untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya, anda mestilah sentiasa memperbaiki diri sendiri daripada sudut kemahiran dan mindset serta tidak ketinggalan zaman. Kumpulkan segala informasi baru dan data penting yang berguna untuk perjalanan trading anda!

Bukan itu sahaja! Forex trader yang berjaya turut menerokai pasaran baru dan memburu pelbagai peluang keemasan untuk mencipta lebih banyak wang. Jangan pernah takut untuk mempelajari sesuatu yang baru kerana ianya tidakkan akan merugikan anda bahkan sangat berbaloi!

3. Terlalu Banyak Mendengar Pendapat Orang Lain

Seorang forex trader yang berjaya sentiasa mempunyai pendirian yang tetap dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Hal ini demikian kerana setiap individu punya pandangan dan situasi berbeza berbanding kita.

Jadi, hiraukan kata-kata orang lain. Teruskan melangkah dan berpegang kepada prinsip anda, bukan mereka yang dapat menentukan untung rugi anda dalam forex trading!

Kesimpulannya, anda mesti mengelakkan 3 perkara ini untuk menjadi seorang forex trader yang berjaya!

Masih ragu-ragu atau tidak tahu bagaimana untuk bermula?
Jom dapatkan buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex sekarang!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat