3 Sebab Ini Punca Ren (REN) Mendaki Hampir 340% Sejak Rekod Julai

446

Peminat Ren (REN) pasti teruja dengan perkembangan harga aset ini sejak paras terendah yang direkod pada Julai lalu.

Selepas mencapai nilai terendah, $0.26 pada 20 Julai, REN melonjak 339% ke paras tertinggi harian, $1.16 pada 15 September. Jumlah perdagangan aset ini juga meningkat 443% kepada $673 juta dalam 24 jam.

Penganalisis melihat pergerakan REN didorong oleh tiga faktor utama ini:

  • Peningkatan jumlah kapasiti di rangkaian dan nilai terkunci (TVL)
    • Beberapa chain terbaharu telah ditambah dalam senarai sokongan integrasi yang mana turut melibatkan Ethereum, Binance Smart Chain (BSC), Solana, Polygon, Fantom, Avalanche dan Arbitrum.
    • Setiap integrasi yang baharu membantu peningkatan jumlah kapasiti dan nilai terkunci (TVL) di rangkaian Ren.
  • Integrasi bersama Arbitrum
    • Lonjakan harga pada 15 September majoritinya didorong oleh pelancaran penghubung Arbitrum yang direka khas untuk mengendali aplikasi desentralisasi (DApps) dalam kadar yang pantas dan berkos rendah.
    • Arbitrum lebih menarik berbanding Ethereum kerana kosnya yang rendah terutama bagi pemilik BTC yang kini boleh beralih ke penyelesaian layer-twodan berhubung di rangkaian dengan renBTC.
  • REN menghampiri desentralisasi
    • Peningkatan aktiviti di rangkaian Ren adalah susulan daripada pelancaran RenVM Greycore di testnet pada 13 September, sebagai usaha untuk ke arah sepenuhnya desentralisasi.
    • Projek pertama yang menyertai Greycore ialah BadgerDAO, projek DeFi yang menfokuskan kepada projek yang membawa BTC ke dalam DeFi.

Ketika penulisan, REN didagangkan pada $1.01, susut hampir 8% dalam 24 jam. Aset ini bagaimanapun menyaksikan penyusutan sehingga 44.60% dari rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $1.83 pada 20 Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat