35 Peratus Ahli KWSP Miliki Simpanan Bawah RM10,000 Semasa Bersara

383

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 54 tahun mencatatkan jumlah simpanan di bawah RM10,000 menguasai peratusan tertinggi sebanyak 35% atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratusan terendah iaitu 2% dengan hanya 4,877 ahli berjumlah simpanan sebanyak RM 7.9 bilion.

Setakat 1 Januari 2023, KWSP mencatatkan sebanyak 274,715 ahli yang berumur 54 tahun dengan jumlah simpanan mereka di hari persaraan adalah sebanyak RM 35.72 bilion.

Beliau akui bahawa ia merupakan masalah lama yang memerlukan pembaharuan berstruktur dan KWSP perlu mengambil langkah-langkah tertentu bagi menambah simpanan dalam menyediakan berbagai saluran untuk pencarum.

Dalam Belanjawan 2024, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup. Had caruman padanan kerajaan di bawah i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

Ucapan beliau itu semasa menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.

Sementara itu, sebanyak 8% ahli KWSP akan bersara pada umur 54 tahun dengan simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13%), RM50,001-RM100,000 (12%), RM100,001-RM200,000 (13%), RM200,001-RM500,000 (13%) dan RM500,001 – RM1 juta (4%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat