US dolar kekal diniagakan kukuh pada minggu lalu walaupun selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang merosot ekoran sektor pekerjaan yang terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda.
Dengan petunjuk data tuntutan pengangguran yang semakin melonjak sehingga 6.6 juta, laporan pekerjaan NFP pada Mac telah menyaksikan ekonomi kehilangan 701,000 pekerjaan.
Namun dagangan matawang utama dunia itu dijangka akan menempuh tempoh yang sukar pada minggu ini dengan jangkaan fasa kemuncak penularan wabak pandemik itu di Amerika Syarikat. Kes jangkitan kini telah meningkat lebih 300,000 sementara kematian semakin menghampiri angka 10,000.
Sementara kes jangkitan di Eropah turut dilihat membimbangkan dengan kadar jangkitan di Itali dan Sepanyol masing-masing melepasi 128,000 dan 131,000 kes setakat hari ini dengan kes kematian yang lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.
Dengan ekonomi zon Eropah yang terjejas, dagangan matawang Euro juga terus mengalami tekanan dengan bergerak lemah dalam pasaran.
Berbanding US dolar, Euro terus didagangkan susut dengan pergerakan harga pada carta EUR/USD kekal menurun sepanjang minggu lalu.
Harga merekodkan penurunan mingguan sekitar 370 pips dari paras tertinggi pada Isnin sehingga paras terendah pada Jumaat lalu.
Bersambung pada dagangan awal minggu ini, harga pada carta EUR/USD bergerak mendatar sepanjang sesi Asia sehingga ke sesi Eropah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend masih kekal bearish.
Harga juga berada pada zon SBR (support become resistance) di atas paras 1.0800 sementara pelabur menantikan arah pergerakan harga yang lebih jelas.
Jika harga bergerak meneruskan penurunan, jangkaan destinasi seterusnya adalah pada paras RBS (resistance become support) sekitar 1.0740.
Penurunan lebih rendah akan menuju zon support sekitar paras 1.06500 yang menjadi paras tumpuan pada dagangan Mac lalu.
Namun jika kenaikan harga berlaku, harga yang melepasi halangan MA50 dilihat akan menguji paras resistance pada 1.0880 sebelum menuju zon tumpuan penting di bawah paras 1.1000.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI