NFP: Ekonomi Amerika Catat Pengurangan Sebanyak 701,000 Pekerjaan Buat Pertama Kali Sejak 2010 Pada Bulan Mac!

1,103

Ekonomi Amerika Syarikat mencatatkan pengurangan sebanyak 701,000 pekerjaan pada bulan Mac sepertimana yang tercatat dalam laporan buruh yang dikeluarkan pada hari ini. Sebahagian besar penyusutan bilangan pekerjaan adalah kesan dari pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Data ini merupakan data yang sangat dinantikan oleh pemain pasaran dan para penganalisis pasaran kewangan global. Ini merupakan pertama kali ekonomi A.S mencatat kejatuhan dalam pekerjaan sejak September 2010 dan angka kejatuhan ini juga hampir kepada menyamai angka kejatuhan yang dicatat semasa krisis kewangan 2009 iaitu sebanyak 800,000 pekerjaan.

Disisi lain, tuntutan pengangguran dalam dalam tempoh 2 minggu telah meningkat hampir kepada 10 juta unit tuntutan yang dibuat oleh rakyat Amerika iaitu 6% daripada jumlah tenaga kerja, 164 juta pekerja.

Bacaan ini jauh lebih buruk daripada jangkaan para pakar penganalisis yang menjangkakan kejatuhan sebanyak 100,000 pengurangan.

Kadar pengangguran naik kepada 4.4% kerana majikan hanya mula memotong gaji dan pengurangan pekerjaan sebelum langkah pengasingan sosial dibuat dimana ia telah menyebabkan ekonomi A.S terbantut dengan harapan dapat menghentikan penyebaran wabak.

Walaubagaimanapun, laporan ini hanya merangkumi data rujukan sehingga minggu yang berakhir pada 12 Mac

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat