4 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (7-11 Feb 2022)

967

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pengeluaran Perindustrian Jerman (Isnin 3.00 Petang): Pengeluaran industri di Jerman dijangka bakal catatkan peningkatan pada Disember 2021 selepas alami penyusutan lebih rendah berbanding jangkaan pada bulan sebelumnya. Angka bacaan yang meningkat diramalkan akan terus menyokong peningkatan nilai Euro pada dagangan awal minggu.

Data Inflasi AS (Khamis 9.30 Malam): Selepas laporan pekerjaan menjadi tumpuan pada minggu lalu, data inflasi Amerika Syarikat pula akan diberikan perhatian pada minggu ini bagi pelabur menilai tindakan bank pusat terhadap penetapan dasar monetari mereka.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Jumaat 3.00 Petang): Menilai kadar pertumbuhan ekonomi UK, bacaan awal bagi laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku terakhir 2021 akan diterbitkan pada penghujung minggu.

Sentimen Pengguna AS Tinjauan UoM (Jumaat 11.00 Malam): Bakal memberikan impak terhadap pergerakan US dolar pada penutup dagangan minggu ini adalah laporan awal bagi data tinjauan sentimen pengguna di Amerika Syarikat oleh Universiti Michigan di mana akan memberi petunjuk terhadap pertumbuhan ekonomi serta kadar inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat