4 Buah Syarikat Telefon Bimbit China Bekerjasama Cabar Google Play Store!

573

Xiaomi, Huawei Technologies, Oppo dan Vivo telah bekerjasama untuk mencipta sebuah platform untuk para pemaju di luar China, memuatnaik aplikasi ke semua gedung aplikasi secara serentak. Selain itu, kerjasama berkenaan dikatakan bertujuan untuk mencabar dominasi Google Play Store.

4 buah syarikat tersebut telah bergabung dan dikenali sebagai Global Developer Service Alliance (GDSA). Tambahan daripada itu, platform yang dicipta ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pencipta permainan, muzik, filem dan aplikasi lain bagi memasarkan aplikasi mereka di pasaran luar negara.

Menurut satu sumber, GDSA akan melancarkan platform berkenaan pada Mac dan tiada sebarang penjelasan berkenaan kesan wabak Coronavirus terhadapnya. Seterusnya, platform berkenaan boleh didapati di 9 buah kawasan termasuk India, Indonesia dan Rusia.

Namun begitu, jurucakap Xiaomi mendedahkan bahawa kerjasama yang dijalankan ini bukanlah bertujuan untuk mencabar Google dan menafikan tentang penglibatan Huawei bersama mereka. Begitu juga Oppo dan Vivo yang tidak menyebut tentang Huawei dalam kenyataan mereka.

Manakala Huawei tidak memberikan apa-apa respon berkaitan dengan isu ini.

Melalui kerjasama ini, setiap syarikat dapat memanfaatkan kelebihan masing-masing di rantau yang berbeza seperti Xiaomi yang majoriti penggunanya di India, Vivo dan Oppo di Asia Tenggara manakala Huawei di Eropah. Selain itu, 4 buah syarikat berkenaan telah menyumbang sebanyak 40.1% daripada penghantaran telefon bimbit di peringkat global pada suku keempat tahun 2019.

Meskipun Oppo, Vivo dan Xiaomi masih mempunyai akses penuh kepada perkhidmatan Google di pasaran antarabangsa, tetapi Huawei telah disenaraihitamkan daripada akses Google untuk peranti terbaru mereka pasa tahun lepas kerana dikatakan telah menceroboh sistem keselamatan negara Amerika Syarikat.

Rentetan daripada itu, mereka mula mencari inisiatif lain dengan penubuhan GDSA yang dikatakan efektif bagi mengurangkan dominasi Google Play Store.

Untuk pengetahuan semua, walaupun perkhidmatan Google telah disekat di China akan tetapi syarikat berkenaan berjaya mengaut keuntungan sebanyak $8.8 bilion daripada gedung aplikasinya pada tahun 2019 melalui penjualan filem, buku dan aplikasi lain serta memperoleh 30% komisen.

Walau bagaimanapun, Google bertindak mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan perkara tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat