4 Matawang Kripto Ini Bagi Kejutan, Melonjak Lebih 100% Dalam Seminggu!

6,477

Empat altcoins meroket lebih 100% atau lebih dalam tempoh hanya seminggu sahaja, mengikut pergerakan raja kripto Bitcoin (BTC) yang semakin positif.

  • Shiba Inu (SHIB)

Aset ini menyaksikan uptrend yang luar biasa dari paras terendah $0.000006 kepada paras tertinggi $0.00002, menjadikan lonjakan sebanyak 254% dalam 7 hari sahaja.

Bagaimanapun, SHIB masih jauh daripada rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.0000388 pada 10 Mei 2021.

Sekurang-kurangnya aset ini perlukan peningkatan lebih 40% untuk kembali ke paras ATH sebelum meneruskan uptrend.

Ketika penulisan, SHIB mencatatkan nilai dagangan $0.00002246, meningkat lebih 69% dalam 24 jam.

  • Spell Token (SPELL)

Token utiliti protokol kewangan desentralisasi (DeFi), Abracadabra Money berjaya melonjak lebih 178% dalam 7 hari daripada paras terendah $0.0032 kepada ATH terbaru, $0.009303 yang direkod pada tengah hari tadi.

SPELL didagangkan pada $0.008685, meningkat hampir 17% dalam 24 jam.

  • Secret (SCRT)

Dalam tempoh 7 hari, SCRT meroket lebih 362% daripada paras terendah $1.9 ke paras tertinggi $8.9 pada 5 Oktober.

Namun, prestasi aset ini tidak bernasib baik kerana gagal untuk bertahan di paras $8 susulan daripada penyusutan lebih 65% daripada paras $8 kepada nilai semasa penulisan artikel ini, $3.08.

  • OMG Network (OMG)

OMG mencatatkan lonjakan lebih 110% daripada paras terendah $8.6 pada 29 September kepada paras tertinggi $18.24 pada 4 Oktober.

Bagaimanapun aset ini masih jauh daripada rekod ATH, $28.35 pada 2018. OMG memerlukan sekurang-kurangnya 51% untuk mencapai semula paras tersebut.

Ketika penulisan, OMG mencatatkan penyusutan lebih 16% dalam 24 jam dengan nilai dagangan semasa $13.90.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat