4,300 Maut Gempa Bumi! Syarikat Exchanger Kripto Bantu Turki

189

Terbaiklah komuniti kripto, cepat je tolong kalau ada masalah.”

Dua gempa bumi dahsyat di Turki serta beberapa gempa susulan yang meragut beribu-ribu nyawa rakyatnya telah menyebabkan syarikat exchanger mata wang kripto tempatan mahupun asing memberi bantuan termasuk sumbangan kepada negara tersebut.

Sementara organisasi dan negara tawarkan sokongan semasa usaha menyelamat sedang dijalankan, seluruh komuniti kripto menghantar derma melalui aset digital selepas mendapati jumlah kematian di Turki dan Syria setakat ini meragut nyawa sebanyak 4,300.

Beberapa syarikat exchanger kripto seperti Binance, Gate.io serta Bitfinex telah mula bertindak menyediakan pakej bantuan manakala BitGet didapati menjanjikan sumbangan sebanyak $53,000 dan Huobi Global $106,000 kepada bantuan kemanusiaan.

Sudah sedia maklum komuniti kripto di seluruh dunia sentiasa bertindak pantas memberi bantuan berjuta-juta dolar apabila terdapat sebarang krisis seperti Rusia menceroboh Ukraine pada tahun lalu dan ketika India bergelut dengan wabak COVID-19 pada 2021.

Ekoran itu, syarikat blockchain dan badan penyelidikan Turki mengumpul petisyen yang menuntut pihak berkuasa membenarkan derma berasaskan kripto di negara tersebut.

Dilaporkan bahawa 40 syarikat bersandarkan blockchain menandatangani petisyen itu telah memohon kepada pihak berkuasa Turki untuk mencipta wallet kripto bagi mengelak penipuan melalui skim bantuan.

Hal ini kerana seorang pengguna Twitter telah memberi amaran bahawa terdapat pengumpulan dana tidak boleh dipercayai muncul di platform permesejan seperti Telegram di Turki untuk kepentingan diri sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat