5 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 April 2022)

753

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Tidak seperti bank pusat yang lain, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan masih mengekalkan kadar faedah dan dasar monetari yang longgar.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan bagi sektor bukan pembuatan di Amerika Syarikat akan diteliti oleh pelabur untuk menilai prestasi semasa ekonomi. Angka bacaan yang meningkat akan menyokong peningkatan nilai US dolar.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur bakal meneliti butiran minit mesyuarat FOMC yang terbaru selepas Federal Reserve (Fed) telah memulakan langkah kenaikan kadar faedah dan dijangka akan berterusan untuk mesyuarat-mesyuarat berikutnya sehingga penghujung tahun.

Data Tuntutan Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Dijangka angka bagi kadar tuntutan pada minggu lalu tidak banyak berubah di paras 200,000 selepas bacaan yang meningkat tersebut pada minggu sebelumnya. Perbezaan ketara pada angka ramalan bakal memberi kesan terhadap pergerakan US dolar di penghujung minggu.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Mac diramalkan lebih rendah kepada 65,500 berbanding 336,600 pada bacaan bulan sebelumnya. Namun, kadar pengangguran diramalkan menurun kepada 5.4% daripada 5.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat