5 Bilion Telefon Dibuang Pada Tahun 2022!

434

Forum peralatan elektrik dan elektronik sisa antarabangsa (WEEE) menegaskan bahawa 5.3 bilion telefon bimbit bakal dilupuskan begitu sahaja pada tahun ini.

Difahamkan, data perdagangan global menggariskan masalah alam sekitar “e-waste” yang semakin meningkat susulan kebanyakan individu lebih tertarik untuk menyimpan telefon lama berbanding mengitar semulanya.

Oleh demikian, mineral berharga yang tidak diekstrak daripada sisa elektronik, seperti tembaga dalam wayar atau kobalt dalam bateri boleh dicas semula harus dilombong.

Menurut Pascal Leroy, ketua pengarah WEEE menyatakan bahawa kebanyakan individu tidak sedar bahawa item seperti berikut mempunyai nilai besar sehingga ke peringkat global.

Tambahnya lagi, dianggarkan terdapat 16 bilion telefon bimbit yang wujud di seluruh dunia, manakala satu pertiga tidak digunakan lagi.

WEEE menyebut bahawa sisa elektrik dan elektronik akan meningkat sebanyak 74 juta tan setahun menjelang 2030 ekoran daripada alatan seperti mesin basuh, pembakar roti, komputer dan alat global positioning system (GPS).

Rentetan itu, Royal Society of Chemistry akan melancarkan kempen perlombongan e-waste bagi menghasilkan produk baharu serta mengutamakan konflik global seperti perang di Ukraine yang membahayakan bekalan logam.

Hal ini berikutan kerana bekalan logam merupakan sumber penting yang akan digunakan untuk pengeluaran peranti elektronik baharu atau peralatan lain seperti turbin angin, bateri kereta elektrik dan panel solar yang mempunyai karbon rendah, ulas Magdalena Charytanowicz dari WEE.

Diperjelaskan juga, hanya 17% e-waste dunia dikitar semula dengan betul tetapi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu akan menetapkan sasaran untuk meningkatkan 30% menjelang tahun depan.

Di United Kingdon (UK) pula, terdapat sejumlah barangan elektrik yang tidak digunakan tetapi berfungsi bernilai £5.63 bilion dan boleh mengumpul sebanyak £200 jika dijual.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat