5 Isu Besar Dunia Crypto Sepanjang Minggu Lepas Yang Berakhir Pada 13 Januari 2018

1,380

Jumlah pasaran matawang crypto pada hari ini berada pada paras $700 billion, naik daripada paras terendah yang pernah dicapai pada minggu lepas iaitu pada sekitar $600 billion.

Harga bitcoin kini mencat pada harga $13,707.20 bagi satu bitcoin. Pada minggu lepas harga bitcoin telah jatuh ke paras terendah mingguan iaitu pada $13,134.00 per unit.

Sepanjang minggu lepas terdapat beberapa isu yang berlaku dalam dunia pasaran matawang crypto.

Pertama, isu yang berlaku pada Isnin lepas iaitu isu pembatalan kad debit Bitcoin daripada VISA berikutan syarikat WaveCrest Holding tidak memenuhi piawaian operasi sepertimana yang dikhendaki.

Syarikat tersebut dikerahkan untuk membatalkan dan membekukan semua program kad debit daripada Visa.

Termasuk yang terkena kesannya ialah pengguna TenX, Xapo, Coins.ph, Cryptopay, Bitwala, dan Bitpay. Perkhidmatan itu berjanji akan memulangkan kembali semula dana kepada pelabur.

Kedua, isu penutupan industri pelombongan bitcoin. Pembuat dasar negara tersebut dilaporkan sedang dalam proses permohonan kepada pihak kerajaan untuk menuntup segala aktiviti pelombongan bitcoin di sekitar wilayahnya.

Berdasarkan daripada laporan Bloomberg dan Reuters pada awal tahun baru, China juga merencanakan untuk membataskan bekalan elektrik kepada pelombong bitcoin.

Hal ini menyebakan jumlah pasaran matawang kripto jatuh hampir 100 billion seiring dengan isu besar lain iaitu isu pengubahan pengiraan harga. Laman sesawang CoinMarketCap mengeluarkan pengiraan harga daripada platform pertukaran Korea Selatan.

Laman sesawang itu, merupakan laman untuk merujuk harga sebenar matawang kripto dan mengandungi lebih daripada 1300 data matawang kripto.

Platform pertukaran di Korea memperdagangkan matawang kripto tersebut lebih 30% berbanding harga sebenar. Justeru apabila, pengiraan tersebut dibuang, jumlah nilai pasaran secara logik akan jatuh hampir 30%.

Keempat, ialah isu platform pertukaran terbesar matawang kripto Korea Selatan diserbu oleh pihak berkuasa dan agensi cukai pada minggu ini atas tuduhan mengelak pembayaran cukai.

Namun banyak media yang menafsirkan bahawa Korea Selatan akan mengharamkan perdagangan matawang crypto. Hal ini telah mencetuskan panik dalam kalangan pelabur sehingga jumlah pasaran jatuh ke paras $600 billion daripada paras $700 billion.

Kelima, komentar Warrent Buffet yang mengatakan matawang crypto, secara amnya, ia hampir pasti akan berakhir dengan buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat