5% Permodalan Pasaran Bitcoin Diwakili Oleh Pemegang Yang Memiliki Kurang 1BTC

404

Berdasarkan satu laporan terbaru, wallets Bitcoin yang memiliki 1 atau lebih BTC (wholecoiners) telah menyumbang 95% daripada keseluruhan permodalan aset itu.

Ini bermakna baki 5% permodalan pasaran merangkumi puluhan juta pengguna yang memiliki baki aset rendah dari 1BTC.

Rekod alamat wholecoiner menyaksikan peningkatan yang konsisten dari tahun ke tahun bermula 2009, dengan anggaran lebih 800,000 alamat walaupun nilai Bitcoin semakin mahal.

Bit Info Charts ada mendedahkan kesemua alamat wholecoiner mewakili Bitcoin yang mencecah nilai sekitar $301 bilion.

Ini berbeza dengan jumlah keseluruhan yang memiliki aset rendah dari 1BTC iaitu hanya $16 bilion.

Bagaimanapun, pada awal 2016 rekod jumlah alamat yang memiliki 1BTC sebenarnya telah susut sebanyak 13.5% dari 520,000 kepada 450,000.

Rekod pada tahun 2018 pula menunjukkan pertumbuhan wholecoiner terbantut dengan jumlah alamat hanya mencatat rekod sekitar 720,000 sehingga 690,000 selama 12 bulan dari Disember 2017.

Into The Block menjelaskan sebanyak 32.95 juta alamat Bitcoin sedang memiliki sejumlah nilai BTC, menunjukkan wholecoiners mewakili cuma 0.47% daripada keseimbangan wallets Bitcoin

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat