5 Saham Teknologi Berprestasi Tinggi Pada 2021

1,294

Teknologi semakin membangun jangan risau.

Saham teknologi kurang mendapat perhatian sejak pertengahan November 2021 ekoran kebimbangan inflasi dan kerisauan kenaikan kadar yang telah membuatkan pelabur beralih dari sektor perisian dan syarikat internet.

Namun, masih terdapat beberapa pelabur yang melabur dalam saham teknologi kerana terdapat permintaan tinggi bagi pemprosesan perlombongan kripto, membantu perkembangan permainan dan penyambungan lebih banyak peranti ke internet selain permintaan terhadap Fintech, perisian awan (cloud software) dan keselamatan siber.

Di bawah merupakan 5 saham teknologi berkeuntungan besar di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai melebihi US$5 bilion.

  • Upstart – sahamnya naik 264% pada awal 2021 dengan nilai pasaran berganda dari US$1.5 bilion kepada US$12 bilion dalam hanya setahun dan hasil suku ke-3 naik 250% pada US$228 juta
  • Synaptics – sahamnya meningkat 189% tahun ini selepas 16 thaun diawamkan
  • Asana – sahamnya naik 164% pada 2021 hasil sokongan pertumbuhan hasil sebanyak 70% pada suku ke-2 dan ke-3
  • Fortinet – sahamnya naik 133% dengan nilai pasaran bertambah US$57 bilion
  • Nvidia – sahamnya mencanak 127% pada 2021 dengan nilai pasaran bertambah US$741 bilion
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat