5 Saham Yang Melonjak Dalam Tempoh Beberapa Jam

1,666

Meskipun dunia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi akibat daripada penularan wabak coronavirus, tetapi terdapat beberapa saham yang melonjak hanya dalam tempoh beberapa jam!

1.Facebook

Saham syarikat media sosial terkemuka dunia ini telah mencatatkan kenaikan sebanyak 10% dalam sesi dagangan lanjutannya setelah syarikat berkenaan mengemukakan hasil pendapatan mereka pada suku pertama. Meskipun pendapatan Facebook didapati jatuh secara menjunam pada bulan Mac, namun syarikat tersebut didakwa berjaya mencapai kestabilan pada 3 minggu pertama bulan April. Facebook mencatatkan harga $ 1.71 untuk setiap saham dengan hasil pendapatan sebanyak $ 17.74 bilion.

2.Microsoft

Saham syarikat teknologi ini telah melonjak sebanyak 3% setelah Microsoft mendedahkan hasil pendapatannya untuk suku ketiga. Syarikat itu turut melaporkan kenaikan sebanyak 15% dalam penjualan suku ketiga fiskal yang didorong oleh perniagaan cloud miliknya. Selain itu, Microsoft mendedahkan bahawa coronavirus mempunyai impak positif terhadap jumlah pendapatan perusahaan. Seterusnya, Microsoft merekodkan harga sebanyak $ 1.40 per saham dengan hasil pendapatan $ 35.02 bilion.

3.Qualcomm

Saham syarikat teknologi tanpa wayar ini telah meningkat sebanyak 3% dalam setelah Qualcomm menerbitkan hasil pendapatannya pada suku kedua. Syarikat itu turut mencatat keuntungan berganda dalam rekod pendapatannya. Selain itu, ia berjaya memperoleh pendapatan sebanyak 88 sen sesaham tidak termasuk beberapa item dengan hasil pendapatan sebanyak $ 5.21 bilion. Walau bagaimanapun, Qualcomm menjangkakan terdapat penurunan sekitar 30% dalam penghantaran telefon bimbit pada suku ketiga berbanding jangkaan sebelumnya.

4.Norwegian Cruise Line

Saham rangkaian kapal persiaran ini didakwa melonjak sebanyak 6% setelah berita mengenai 20% pekerjanya diberikan cuti hingga 30 Julai tersiar.

5.Tesla

Saham syarikat pembuatan kereta elektrik ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 9% apabila Tesla mengemukakan hasil pendapatannya pada suku pertama. Tesla berjaya merekodkan harga $1.24 untuk setiap saham dengan hasil pendapatan sebanyak $5.99 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat