5 Sebab Mengapa Para Pelabur Lebih Memilih Emas Sejak Akhir-Akhir Ini!

1,170

Pada minggu ini kita dapat menyaksikan bahawa harga emas melonjak di atas paras harga $2000 per auns pada minggu ini, jauh mengatasi jangkaan para penganalisis.

Harga emas mula melonjak secara kerap semenjak penularan wabak Covid-19 para pelabur mula mencari perlindungan bagi pelaburan mereka. Pada bulan Februari, Goldman Sachs meramalkan peningkatan harga sehingga paras harga $1,800 jika pandemik tersebut terus memburuk.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin memburuk, dimana puluhan juta rakyat A.S telah kehilangan pekerjaan dan peningkatan jangkitan kes Covid-19. Faktor-faktor seperti ini telah mendorong para pelabur lebih cenderung kepada pelaburan emas. Segelintir penganalisis lebih cenderung memilih emas atau perak berbanding pasaran saham kerana sitiuasi kewangan sudah berbeza.

1. Emas Merupakan Safe Haven

Permintaan emas meningkat ketikat masa-masa krisis atau ketidakpastian dalam ekonomi dan politik. Peningkatan kes pandemik telah mengurangkan keyakinan pasaran terhadap sistem kewangan sedia ada.

2. Emas Mempunyai Kestabilan Yang Tinggi

Emas tidak begitu terksan daripada inflasi dan ketidakpastian ekonomi. Ia lebih stabil untuk jangka masa panjang dan tidak mudah susut nilai.

3. Dolar Yang Lemah

Penyusutan matawang dolar telah menyebabkan para pelabur lebih memilih emas.

4. Hasil Bon Yang Rendah

Sejak Mac, the Fed telah menurunkan kadar faedah hampir ke paras sifar bagi menstabilkan pasaran kewangan dan kadar pinjaman dikurangkan. Dalam masa yang sama, kerajaan telah membelanjakan berbillion dolar dalam bon dan ini membuatkan emas lebih menarik.

5. Laporan Media

Liputan yang meluas daripada Media berikutan ulasan para pelabur dan penganalisis akan meningkatkan permintaan terhadap emas.

Antara faktor lain yang mendorong permintaan terhadap emas ialah faktor geopolitik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat