50% Lonjakan Bulanan Buatkan Trader Kripto MATIC Ini Berjaya Untung Lebih $4 Juta!

203

“Modal $84,000 tapi untung $4.5 juta, siapa je tak happy kan.”

Susulan harga mata wang kripto Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) melihat pendakian dalam tempoh 30 hari lalu, Polygon (MATIC) turut mengikuti pergerakannya dengan lonjak sebanyak 19% pada paras $1.19 tetapi kini susut sedikit pada $1.15.

Sepanjang bulan Januari, MATIC secara keseluruhannya berjaya canak 50% dan menjadi kripto terbesar kesepuluh mengikut modal pasaran dengan jumlah nilai $10.6 bilion.

Menerusi pemerhatian, whales didapati membeli 4 juta MATIC bernilai $84,000 di syarikat exchanger kripto Binance pada September 2020 namun menjualnya dalam tempoh dua hari lalu untuk mengaut stablecoin berharga $5.2 juta.

Sungguhpun whales tersebut bertindak menjual MATIC, ia telah memperoleh pulangan 50 kali ganda daripada harga asalnya, di mana whales tersebut memperoleh keuntungan sebanyak $4.5 juta.

Sudah sedia maklum bahawa pendakian harga MATIC setakat ini masih tidak dapat melepasi paras tertingginya yang dikatakan junam hampir 60% dari paras $2.92 pada Disember 2021.

Sementara itu, peningkatan harga MATIC dilaporkan berlaku apabila co-founder aset digital tersebut, Sandeeo Bailwal berhasrat mengemas kini zkEVM Polygon yang mengaplikasikan kaedah kriptografi proof zero-knowledge untuk mengesah transaksi.

Diperjelaskan lebih terperinci, proof zero-knowledge dalam kriptografi bertujuan untuk membuktikan sesuatu kenyataan adalah benar tanpa mendedahkan kandungannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat