6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 Okt 2021)

1,036

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Selepas bank pusat England (BOE) memberi isyarat positif ke arah pengetatan polisi, sektor pekerjaan di UK akan diteliti pada minggu ini. Bacaan angka yang memberangsangkan bakal menyokong pergerakan mata wang Pound.

Sentimen Ekonomi Eropah Tinjauan ZEW (Selasa 5.00 Petang): Unjuran penurunan pada tinjauan terbaru bagi petunjuk kesihatan ekonomi Eropah khususnya di Jerman dilihat bakal memberi tekanan terhadap mata wang Euro.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Selepas laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu, perhatian Federal Reserve (Fed) akan beralih pula kepada data tumpuan seterusnya iaitu kadar inflasi AS untuk pelabur mendapatkan isyarat lebih jelas terhadap penetapan polisi oleh Fed.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lanjut pada minit mesyuarat FOMC selepas Fed memberi isyarat untuk pengetatan polisi dengan langkah pengurangan pembelian bon dilihat bakal dilaksanakan seawal November.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Malam): Australia dijangka akan terus mencatatkan kehilangan pekerjaan untuk 2 bulan berturut-turut sementara kadar pengangguran pula diramalkan kembali catat peningkatan.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Selepas data inflasi, kadar jualan runcit AS pula akan menjadi tumpuan pada penghujung minggu ini. Pelabur akan berwaspada terhadap jangkaan angka bacaan yang menurun untuk bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat