Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Data Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Beberapa komponen penting dalam laporan data pekerjaan UK akan diteliti minggu ini selepas bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu sebelum ini telah memberi isyarat untuk menghentikan langkah pengetatan dasar.
Data Inflasi AS (Selasa 9.30 Malam): Baka menjadi indikator kritikal buat AS dan juga pasaran global adalah pada kadar inflasi AS yang akan menunjukkan arah bagi dasar monetari oleh Federal Reserve selepas ini. Jika penurunan inflasi berterusan, pasaran akan menjangkakan dasar monetari yang lebih cenderung menuju ke arah pelonggaran.
Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Kadar inflasi juga akan diteliti oleh BOE dalam menilai kesihatan ekonomi semasa melalui bacaan harga pengguna sebelum penetapan dasar monetari seterusnya.
Data Jualan Runcit AS (Rabu 9.30 Malam): Kadar jualan runcit di Amerika diramal catat peningkatan positif untuk bulan Januari berbanding angka suram bulan sebelumnya. Bacaan positif akan memberi sokongan terhadap mata wang US dolar.
Data Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Ekonomi Australia dijangka untuk mencatatkan pertambahan sekitar 20,000 pekerjaan untuk Januari selepas kehilangan 14,600 pekerjaan pada penghujung 2022 lalu. Kadar pengangguran diramal kekal di paras 3.5%.
Data PPI AS (Khamis 9.30 Malam): Bacaan data indeks harga pengeluar AS akan mempengaruhi angka pada bacaan pengguna. Jangkaan pada terbitan angka bulan terbaru adalah lebih positif dengan peningkatan berbanding penurunan sebelum ini.