6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (19-23 Februari 2024)

696

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (20 Februari 2024):

Data Inflasi Kanada (9.30 Malam) – Kanada bakal menerbitkan laporan inflasi terbarunya dengan ramalan peningkatan inflasi bulanan yang positif untuk Januari.

KHAMIS (22 Februari 2024):

Minit Mesyuarat FOMC (3.00 Pagi) – Pelabur akan memerhatikan butiran lanjut pada minit yang akan diterbitkan untuk mesyuarat FOMC pertama tahun 2024 yang berlangsung tempoh hari. Laporan minit bakal mempengaruhi pergerakan semasa US dolar.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (5.00 Petang) – Menilai kesihatan semasa ekonomi, bacaan data pada sektor penting ini akan diteliti pasaran. Pada bacaan bulan sebelum ini dan juga ramalan, angka masih belum menunjukkan pengembangan di Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Di UK, bacaan PMI untuk sektor perkhidmatan adalah positif meningkat, namun sektor pembuatan masih berada di bawah paras penguncupan.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (10.45 Malam) – Ramalan bagi bacaan terbaru adalah positif, menyusuli bacaan pada bulan Januari lalu selepas kedua-dua angka untuk sektor itu berada di atas paras 50.0 mata.

JUMAAT (23 Februari 2024):

Tinjauan ifo Perniagaan Jerman (5.00 Petang) – Iklim perniagaan di Jerman akan ditinjau melalui bacaan data ini yang boleh memberi gambaran terhadap ramalan ekonomi, perubahan awal sentimen yang mempengaruhi aktiviti perbelanjaan, pelaburan dan sebagainya. Bacaan data ini bakal memberi impak pada pergerakan mata wang Euro di penghujung minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat