6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (2-6 Ogos 2021)

1,156

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Pelabur bakal menilai sama ada data sektor ekonomi Amerika Syarikat (AS) ini mampu menyokong semula pemulihan US dolar yang mengalami kemerosotan pada dagangan minggu lalu. Bacaan data dijangka tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding angka sebelumnya.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan petunjuk terhadap dasar monetari akan menjadi perhatian para pelabur bagi menentukan arah pergerakan dolar Aussie pada minggu ini.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Selepas data pembuatan, tinjauan bagi sektor perkhidmatan AS juga akan dipantau selepas penurunan yang berlaku pada bacaan sebelum ini. Bacaan yang meningkat bakal menyokong semula peningkatan nilai US dolar dalam pasaran.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Petang): Keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) pada minggu ini akan menjadi perhatian selepas pelaksanaan langkah pembukaan semula ekonomi UK baru-baru ini. Kenyataan hawkish oleh bank pusat akan terus menyokong momentum pengukuhan Pound minggu lalu.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Acara tumpuan pada penghujung minggu akan terarah pada terbitan laporan NFP AS dengan jangkaan pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai terus kukuh dan kadar pengangguran pula menurun.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Diterbitkan bersama laporan NFP AS, laporan pekerjaan Kanada bakal memberi impak terhadap pergerakan dolar CAD. Bacaan dijangka bercampur dengan pertambahan pekerjaan yang merosot sementara kadar pengangguran pula diunjur menurun daripada 7.8% kepada 7.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat