6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27-31 Mac 2023)

585

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan terhadap keyakinan kewangan di AS memberi gambaran terhadap perbelanjaan di bulan Mac. Dengan krisis yang sedang melanda, bacaan data diramalkan sedikit menurun.

Data Inflasi Australia (Rabu 8.30 Pagi): Bacaan data indeks harga pengguna di Australia akan diperhatikan setelah laporan pekerjaan diterbitkan sebelum ni catat angka yang positif. Bank pusat telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat yang berlangsung awal Mac lalu.

Data KDNK AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan akhir data pertumbuhan ekonomi AS (GDP) untuk suku terakhir 2022 dijangka kekal tidak berubah pada 2.7% seperti angka sebelum ini. Ini menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan berbanding suku sebelumnya yang diterbitkan pada Disember tahun lalu.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan China (Jumaat 9.30 Pagi): Sektor penting di China akan dinilai pasaran sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia untuk gambaran kesihatan ekonomi global semasa.

Data KDNK Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Setelah bank pusat menghentikan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat terbaru, pertumbuhan ekonomi semasa di Kanada akan dipantau. Bacaan terbaru menjangkakan peningkatan angka yang positif akan dipamerkan.

Data Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Menutup dagangan pada penghujung minggu ini, pelabur akan memberikan tumpuan pada bacaan indeks PCE AS yang turut memberi petunjuk pada perubahan harga dan boleh mempengaruhi keputusan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat