6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27 Sept – 1 Okt 2021)

1,002

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Antara data yang menjadi petunjuk terhadap kesihatan ekonomi melalui perbelanjaan pengguna, data keyakinan pengguna di AS turut menjadi tumpuan pelabur selepas kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) untuk isyarat pengetatan dasar.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Khamis 9.00 Pagi): Aktiviti sektor ekonomi tumpuan di China akan dinilai untuk mengukur tahap kesihatan semasa ekonomi kedua terbesar di dunia itu. Angka bacaan di atas paras 50 masih memberikan isyarat stabil untuk ekonomi.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 2.00 Petang): Bacaan akhir bagi pertumbuhan KDNK di UK diunjurkan tidak berubah di paras 0.48% seperti bacaan sebelumnya.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Khamis 8.30 Malam): Pasaran menjangkakan peningkatan angka bacaan untuk pertumbuhan ekonomi AS pada suku kedua dengan bacaan akhir KDNK AS meningkat kepada 6.7% berbanding bacaan awal 6.6%.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pertumbuhan KDNK di Kanada untuk bacaan terbaru akan diberi tumpuan selepas angka bacaan bulanan sebelum ini meningkat kepada 0.7% untuk bulan Jun.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Angka bacaan terbaru bagi tinjauan pada sektor pembuatan di AS dijangka tidak menunjukkan perubahan yang ketara dengan bacaan hampir di paras 60 menunjukkan sektor ekonomi penting itu masih stabil.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat