6 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (29 Jun – 3 Julai 2020)

982

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan China (Selasa 9.00 Pagi): Pelabur akan memberi tumpuan terhadap data ekonomi China sebagai rakan dagang terbesar Australia. Bacaan data kekal berada di atas paras 50 yang menunjukkan pengembangan untuk beberapa bulan terbaru dengan jangkaan bacaan untuk Jun kekal di atas paras sekitar.

Bacaan Akhir GDP UK (Selasa 2.00 Petang): Tiada perubahan dijangkakan pada seperti bacaan awal pertumbuhan ekonomi UK untuk suku pertama 2020 yang menurun kepada -0.2% selepas pertumbuhan sifar dicatatkan GDP untuk suku keempat 2019.

Data Pertumbuhan GDP Kanada (Selasa 8.30 Malam): Bacaan bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada untuk bulan April diramalkan terus mencatatkan angka yang menurun, lebih rendah berbanding Mac selepas ekonomi berdepan krisis pandemik.

Data PMI Pembuatan ISM US (Rabu 10.00 Malam): Tinjauan ISM bagi bacaan PMI pembuatan di Amerika Syarikat kekal berada di bawah paras 50 untuk 3 bulan berturut-turut yang menunjukkan penguncupan pada aktiviti ekonomi itu. Bacaan terbaru masih kekal dijangkakan berada di bawah 50.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Federal Reserve (Fed) akan menerbitkan minit untuk mesyuarat FOMC Jun. Pelabur akan menilai butiran lebih terperinci terhadap fokus Fed dalam ekonomi dan keadaan pasaran untuk isyarat polisi monetari di masa hadapan.

Laporan Data Pekerjaan NFP US (Khamis 8.30 Malam): Berbeza berbanding kebiasaan, data NFP Amerika Syarikat untuk bulan Julai 2020 akan diterbitkan pada Khamis. Pertambahan pekerjaan dijangka positif selepas peningkatan mengejutkan bulan sebelum. Kadar pengangguran turut diramalkan semakin menurun walaupun masih pada catatan 2 angka.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat