“Agaknya harga LUNC akan naik ataupun sama juga lepas cadangan baru ini terlaksana?”
Sejurus selepas mencadangkan liquid staking derivatives (LSD)* dalam Terra Classic, cadangan terbaharu dilaporkan adalah pembentukan pasukan berdedikasi yang terdiri daripada enam jurutera senior full-stack**.
*membenarkan pihak yang staking memperoleh hasil tanpa kehilangan kecairan aset staking mereka
**Programmer komputer senior-level dengan kemahiran dalam pengekodan sistem hadapan dan belakang dan pengalaman pengurusan projek dengan kemahiran pentadbiran sistem
Pasukan kejuruteraan senior full-stack Terra Allies atau lebih dikenali sebagai Six Samurai telah membentangkan cadangan perbelanjaan suku ketiga mereka sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk membangunkan semula ekosistem Terra Classic.
Sudah sedia maklum Terra kini memiliki blockchain baharu dipanggil Terra 2.0 setelah stablecoin TerraUSD (UST) mengalami kejatuhan drastik pada tahun 2022 sehingga memberi kesan kepada projek yang sedang dijalankannya pada masa itu.
Secara konteks, blok genesis pada rantaian baharu telah dilancarkan pada Mei 2022 untuk menjalankan urus niaga masa hadapan manakala Terra pula dijenamakan semula sebagai Terra Classic.
Berbalik pada penerangan, Six Samurai yang membentangkan pelan terperinci untuk suku ketiga 2023 telah mencadangkan belanjawan sebanyak $116,000, di mana roadmap mereka adalah seperti berhijrah dari Columbus-5 ke Columbus-6 seterusnya naik taraf kepada SDK Cosmos terkini.
Bukan itu sahaja, roadmap tersebut turut akan meneruskan penyenaraian Terra Classic pada web interface Keplr, tool web untuk visualisasi analitik dan Mintscan iaitu peneroka blok Cosmos yang memenuhi keperluan bursa kripto dan pelanggan.
Six Samurai juga bersedia untuk bekerjasama dan menyelaras dengan pasukan lain bagi membangunkan Terra Classic atau dikenali sebagai LUNC, oleh itu komunitinya telah menunjukkan tindak balas positif apabila lebih cenderung mengundi yang memihak kepada cadangan tersebut.
Bagaimanapun, harga LUNC masih merekodkan penurunan 2.30% pada paras $0.0000090 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $527 juta namun tetap melihat lonjakan sebanyak 2.08% sepanjang minggu lepas.