7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 Julai 2023)

718

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data KDNK China (Isnin 10.00 Pagi): Bacaan pertumbuhan ekonomi suku tahunan China akan diperhatikan pada pembukaan awal minggu ini dengan ramalan angka yang meningkat positif. Turut akan diterbitkan bersama beberapa bacaan yang lain termasuk pengeluaran perindustrian serta jualan runcit.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran minit selepas bank pusat Australia mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat awal Julai. Sebarang petunjuk baru pada minit boleh memberi impak terhadap pergerakan mata wang dolar Australia.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Pagi): Kadar inflasi terbaru akan menjadi indikator penting bagi penetapan dasar monetari selanjutnya oleh bank pusat Kanada selepas pada mesyuarat terbaru, kadar faedah dinaikkan lagi sebanyak 25 mata asas.

Data Jualan Runcit AS (Selasa 8.30 Malam): Ramalan peningkatan terhadap angka terbaru pada jualan runcit di Amerika bagi bulan Jun boleh menyokong semula US dolar untuk sedikit pulih.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Paras inflasi di UK masih berada di paras yang tinggi dilihat mendesak bank pusat England untuk kekal dalam fasa pengetatan. Ramalan inflasi terbaru pada Jun sedikit menurun kepada 8.2%.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Malam): Setelah lonjakan pada angka bulan sebelumnya, pertambahan pekerjaan di Australia pada bulan Jun diramalkan kembali perlahan sekitar 16,500. Sementara, kadar pengangguran pula dijangka kekal di paras 3.6%.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (Khamis 8.30 Malam): Data yang diterbitkan secara mingguan ini dipantau pelabur bagi tuntutan mereka yang tidak bekerja dan memberi gambaran kesihatan semasa sektor buruh di Amerika. Peningkatan pada bacaan minggu lalu memberi petanda kurang baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat