7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 Mac 2023)

369

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Mesyuarat kali kedua tahun ini, Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras 3.60%. Pelabur akan memerhatikan sama ada kenyataan Gabenor Philip Lowe akan masih kekal hawkish atau berubah pada mesyuarat terbaru.

Data Pekerjaan ADP AS (Rabu 9.15 Malam): Mengukur pekerjaan sektor swasta di Amerika, angka pertambahan untuk bulan Februari diramalkan lebih baik berbanding sebelumnya. Ini berkemungkinan memberi jangkaan awal yang positif terhadap laporan NFP.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 11.00 Malam): Pasaran kini menantikan keputusan kadar faedah oleh Bank of Canada (BOC) yang diramalkan tidak berlaku kenaikan atau penurunan. Kadar faedah bakal kekal di paras 4.50%.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Jumaat): Seperti yang akan terus dijangkakan pasaran, Bank of Japan (BOJ) akan terus mengekalkan kadar faedah di paras rendah pada -0.10%. Kenyataan susulan bank pusat akan diperhatikan dan memacu pergerakan Yen.

Data KDNK UK (Jumaat 3.00 Petang): Setelah mengalami penguncupan pada bulan sebelumnya, pertumbuhan ekonomi UK untuk bulan Januari diramalkan sedikit memulih.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Ramalan menunjukkan sektor buruh di Kanada akan lebih suram untuk bacaan Februari. Pertambahan pekerjaan dijangka perlahan sekitar 6,000 manakala kadar pengangguran diramalkan menaik kepada 5.1% daripada 5.0%.

Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Menjadi tumpuan utama dan penutup tirai dagangan pada minggu ini, laporan data pekerjaan Amerika Syarikat akan memberi petunjuk awal terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed). Bacaan data juga akan memacu pergerakan mata wang USD menuju dagangan minggu berikutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat