7 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (13-17 April 2020)

2,628

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Imbangan Dagangan China (Selasa): Data trade balance yang mengukur perbezaan kadar import dan eksport China untuk bulan Mac dijangka mencatatkan bacaan yang memuaskan berikutan ekonomi China yang dilaporkan semakin pulih dari wabak Coronavirus yang melanda.

Data Jualan Runcit A.S (Rabu 8.30 Malam): Kadar jualan runcit di Amerika Syarikat untuk bulan Mac dijangka akan kekal lemah dan bacaan yang menurun berbanding Februari. Pengguna berwaspada untuk meningkatkan perbelanjaan dalam situasi yang tidak menentu dengan penularan wabak virus yang semakin membimbangkan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Bank of Canada (BOC) telah menurunkan kadar faedah ke paras terendah 0.25% di luar jadual mesyuarat polisi berikutan penggubal polisi berusaha untuk mengekalkan kestabilan ekonomi yang terjejas oleh wabak COVID-19. BOC dijangka akan mengekalkan kadar faedah untuk mesyuarat terbaru.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Dolar Australia diniagakan kukuh pada minggu lalu selepas bank pusat mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaru. Namun, Aussie dijangka akan terjejas kembali dengan jangkaan kadar pertambahan pekerjaan yang merosot serta kadar pengangguran yang bakal meningkat.

Data Tuntutan Pengangguran A.S (Khamis 8.30 Malam): Memberi kesan negatif terhadap matawang US dolar, data tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat telah mencatatkan bacaan melebihi 6 juta untuk 2 minggu berturut-turut. Jangkaan data untuk minggu ini masih membimbangkan di paras 5 juta.

Data Pertumbuhan GDP China (Jumaat 10.00 Pagi): Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China telah mencatatkan pertumbuhan 6.0% untuk 2 suku berturut-turut sehingga penghujung 2019. Namun, pelabur bakal menjangkakan pertumbuhan GDP yang lemah bagi suku pertama 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.

Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bacaan akhir inflasi tahunan di zon Eropah dijangka kekal di paras 0.7% pada Mac sementara bacaan teras kekal di paras 1.0%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat