7 Langkah Trader Forex Perlu Periksa Sebelum Masuk Pasaran

9,593

Ramai forex trader tidak membuat persiapan yang rapi dan betul-betul dalam keadaan bersedia sebelum masuk pasaran atau entry setiap posisi dagangan.

Jika anda forex trader, lihat step yang dikongsikan ini dan check sama ada anda memenuhi setiap langkah penting sebelum masuk dalam pasaran.

#1 Emosi dalam keadaan stabil

Paling penting sebelum masuk dalam pasaran adalah anda perlu pastikan emosi anda dalam keadaan yang stabil untuk membantu anda membuat keputusan trading yang tepat.

Perlu dalam keadaan yang tenang supaya anda mampu mengawal psikologi di tahap yang terbaik. Ramai trader yang kecundang dalam trading disebabkan gagal mengawal emosi lebih-lebih lagi apabila mengalami kerugian dan bertekad untuk membalas dendam.

#2 Pilih pair yang betul untuk trade

Pemilihan pair atau pasangan matawang untuk trade adalah bergantung pada beberapa kriteria dan berkemungkinan berbeza bagi setiap trader.

Contohnya, seseorang trader memilih pair untuk trade atas faktor sentimen dengan memahami keadaan setiap matawang berdasarkan ekonomi negara matawang tersebut.

Ada juga yang memilih berdasarkan spread pair matawang tersebut yang rendah atau purata pergerakan harga bagi sesuatu pair untuk disesuaikan dengan modal dan sebagainya.

#3 Kenalpasti trend pasaran dan strategi yang digunakan

Trader perlu tahu sama ada pasaran berada dalam keadaan uptrend, downtrend atau sideways. Hal ini penting untuk penggunaan strategi trading yang berbeza bagi setiap jenis trend pasaran.

Juga perlu dikenalpasti sama ada pasaran pada waktu tersebut mempunyai kecairan yang tinggi atau rendah kerana ini akan mempengaruhi jarak sesebuah pergerakan harga dalam satu masa.

#4 Periksa trading plan anda

Step yang seterusnya adalah anda perlu periksa dahulu trading plan anda adakah sudah memenuhi semua kriteria yang diperlukan.

Kriteria dalam trading plan boleh jadi confirmation daripada beberapa indicator pilihan anda atau candlestick pattern dalam analisis teknikal.

Jika ada kriteria yang tidak dipenuhi, berkemungkinan posisi entry tersebut adalah entry yang tidak berkualiti atau berisiko yang mana anda perlu elakkan.

5# Periksa timeframe lebih besar untuk kepastian

Jika entry anda adalah pada timeframe H1, anda perlu lihat dahulu di timeframe H4 adakah selari di kedua-dua timeframe sebelum entry.

Sekiranya di H1 menunjukkan entry untuk posisi BUY, namun di H4 pula menunjukkan entry untuk posisi SELL, ia berkemungkinan berisiko atau menunjukkan trade yang kurang berkualiti.

#6 Tentukan sama ada entry market order atau pending order

Ketika anda membuka chart dan membuat keputusan untuk entry, anda perlu teliti dahulu di mana harga berada dan gunakan entry yang sesuai berdasarkan analisis anda.

Gunakan pending order jika harga masih belum sampai di kawasan entry area yang sepatutnya. Sabar dan ikut trading plan anda.

#7 Set TP dan SL serta kira saiz lot

Step terakhir sebelum entry adalah anda perlu tentukan di mana level profit yang anda mahu ambil dan berapa kerugian yang anda sanggup tanggung bagi setiap entry.

Juga penting untuk anda kira terlebih dahulu saiz lot yang sesuai berdasarkan formula pengiraan risiko untuk setiap entry.

Jika kesemua step diatas telah dipenuhi, anda telah bersedia untuk memasuki pasaran.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat