8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (10-14 April 2023)

531

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi China (Selasa 9.30 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, data ekonomi China akan diperhatikan di mana akan turut mempengaruhi pasaran global. Kadar inflasi pengguna akan diberikan perhatian bagi bacaan bulan Mac.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Selepas data pekerjaan dinilai minggu lalu, minggu ini tumpuan akan terarah pada data indeks harga pengguna (CPI) AS untuk gambaran awal pasaran menjelang mesyuarat FOMC pada awal Mei nanti.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Seperti mesyuarat sebelum ini, keputusan mesyuarat April juga kekal menjangkakan Bank of Canada (BOC) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50%.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Bakal mempengaruhi pergerakan mata wang USD, pelabur akan meneliti kembali butiran lanjut mesyuarat FOMC sebelum ini menerusi minit yang akan diterbitkan.

Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Pasaran bakal menjangkakan sektor buruh di Australia semakin suram dengan ramalan pertambahan pekerjaan bagi bulan Mac akan lebih rendah berbanding sebelumnya. Manakala, kadar pengangguran dijangka sedikit meningkat.

Data GDP UK (Khamis 2.00 Petang): Pertumbuhan ekonomi UK akan dinilai berdasarkan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) terbaru yang bakal diterbitkan minggu ini. Bacaan bulanan diramalkan sedikit menguncup.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Khamis 8.30 Malam): Perubahan pada kadar inflasi pengeluar (PPI) AS turut akan mempengaruhi pengguna dan data ini turut diberikan tumpuan oleh bank pusat dalam penetapan dasar.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Selepas catat pengucupan pada kadar jualan runcit Amerika Syarikat bulan sebelumnya, bacaan data terbaru bagi bulan Mac juga diramalkan merosot. Perbezaan ketara pada angka yang diterbitkan bakal memberi kesan negatif kepada USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat