8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 April 2022)

797

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data KDNK UK (Isnin 2.00 Petang): Bacaan bulanan bagi data pertumbuhan ekonomi UK untuk Februari lalu dijangka susut semula selepas lonjakan pada bulan sebelumnya. Angka yang menurun akan menambahkan tekanan buat dagangan Pound yang telah pamerkan prestasi corot sehingga penghujung minggu lalu.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Bakal menjadi tumpuan oleh bank pusat England (BOE), bacaan pada komponen data pekerjaan terbaru akan memberi penilaian semasa terhadap sektor buruh dan boleh mempengaruhi perancangan pengetatan dasar bank pusat.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Pasaran masih akan menjangkakan trend kenaikan inflasi di Amerika Syarikat berterusan dengan ramalan peningkatan pada angka bacaan pada bulan Mac.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Jangkaan pengukuhan mata wang dolar New Zealand pada minggu ini, bank pusat New Zealand (RBNZ) dijangka bakal meneruskan peningkatan kadar faedah kepada 1.25% selepas meningkatkannya kepada 1.00% sebelum ini.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Kadar inflasi di UK juga turut dijangkakan meningkat pada bacaan inflasi tahunan yang terbaru. Ini akan mendorong BOE untuk meneruskan pengetatan dasar untuk mengimbangi situasi peningkatan inflasi tersebut.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Kanada (Rabu 10.00 Malam): Seperti bank pusat yang lain juga, Bank of Canada (BOC) juga dilihat akan meneruskan langkah peningkatan kadar faedahnya setelah menjadi antara bank pusat yang terawal memasuki fasa pengetatan dasar sebelum ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Eropah (Khamis 7.45 Petang): Berbeza berbanding langkah yang dilakukan oleh bank pusat yang lain, pasaran masih melihat European Central Bank (ECB) untuk mengekalkan kadar faedahnya. Namun, terdapat isyarat bahawa kenaikan kadar bakal berlaku menuju penghujung tahun ini oleh ECB.

Data Jualan Runcit AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan data jualan runcit AS bakal mempengaruhi pergerakan US dolar menuju penghujung minggu ini. Jangkaan angka bacaan yang meningkat diharapkan pelabur untuk menyokong US dolar untuk terus bergerak kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat