8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (12-16 Julai 2021)

1,180

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi AS (Selasa 8.30 Malam): Menjadi tumpuan bank pusat, data indeks harga pengguna bakal memberikan petunjuk kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS). Jangkaan penurunan pada angka bacaan bagi bulan Jun akan memberikan tekanan terhadap US dolar.

Mesyuarat Polisi RBNZ (Rabu 10.00 Pagi): Bank pusat New Zealand (RBNZ) terus dijangka untuk mengekalkan kadar faedah di paras 0.25% bagi mesyuarat edisi Julai. Namun, pelabur menantikan petunjuk terhadap perubahan polisi selepas terdapat jangkaan minggu lalu bahawa RBNZ akan melaksanakan pengetatan dasar.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selepas data indeks harga pengguna UK meningkat di atas paras 2.0% sebelum ini, jangkaan trend kenaikan tersebut akan masih berterusan untuk bacaan Jun. Namun, angka data berkemungkinan akan susut semula pada bacaan yang akan datang berikutan rancangan pembukaan ekonomi dijejaskan oleh faktor penularan jangkitan virus di UK.

Mesyuarat Polisi BOC (Rabu 10.00 Malam): Bank pusat Kanada berkemungkinan mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.25%. Pelabur bakal menjangkakan penyampaian kenyataan bernada positif dari bank pusat selepas laporan data pekerjaan Kanada pada minggu lalu memberangsangkan.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Ramalan penurunan bagi pertambahan pekerjaan di Australia untuk bulan Jun kepada 20,300 berbanding 115,200 bulan sebelumnya dilihat akan memberi kesan penyusutan terhadap dolar Aussie. Kadar pengangguran pula dijangka menurun.

Laporan Data Pekerjaan UK (Khamis 2.00 Petang): Sektor buruh di UK dilihat menunjukkan perkembangan yang baik dengan jangkaan terbaru untuk indeks purata pendapatan 3 bulan meningkat kepada 7.2% daripada 5.6%.

Mesyuarat Polisi BOJ (Jumaat): Sesi Asia pada Jumaat akan memberi tumpuan pada mesyuarat dasar monetari bank pusat Jepun. Seperti kebiasaan, tiada perubahan kadar faedah dan polisi dijangkakan oleh pelabur.

Data Jualan Runcit AS (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data bagi kadar jualan runcit di Amerika Syarikat dijangka untuk pulih semula selepas mencatatkan kemerosotan pada Mei lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat