8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20-24 Mac 2023)

505

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi Kanada (Selasa 8.30 Malam): Bank pusat Kanada baru-baru ini mengejutkan pasaran dengan tidak menaikkan kadar faedah selepas memberi isyarat untuk melakukannya lebih awal lagi. Kini kadar inflasi di Kanada akan dipantau untuk diperhatikan bank pusat dalam menentukan arah bagi polisi monetari berikutnya.

Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Menjelang mesyuarat polisi minggu ini, kadar inflasi UK akan diberi perhatian lebih awal. Menjadi cabaran oleh penggubal polisi apabila paras inflasi di UK masih kekal di paras yang tinggi selepas melonjak ketara tahun lalu.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Teka-teki pelabur akan terjawab minggu ini untuk penetapan dasar oleh Federal Reserve. Dengan krisis perbankan yang melanda, bagaimanakan kenaikan kadar faedah yang akan dilaksanakan pada mesyuarat kali ini?

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 4.30 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat terbaru. Namun adakah jangkaan tersebut masih relevan setelah krisis yang melanda pasaran ketika ini?

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 8.00 Malam): Pasaran menjangkakan kenaikan kadar faedah oleh BOE lebih perlahan, pada kenaikan 25 mata asas untuk mesyuarat terbaru. Sebarang kenyataan bernada hawkish oleh penggubal polisi akan menyokong Pound untuk menyambung pengukuhan minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 5.00 Petang): Bacaan yang kekal berlegar di bawah 50.0 mata akan memberi gambaran kesihatan ekonomi yang masih suram di Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 530 Petang): Angka bacaan sektor penting di UK ini dijangka akan kekal berada di atas paras 50.0 mata menunjukkan aktiviti ekonomi masih berkembang baik.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Malam): Tiada perubahan besar dijangka pada bacaan terbaru bagi aktiviti ekonomi ini di Amerika Syarikat. Sektor perkhidmatan diramalkan lebih baik berbanding sektor pembuatan yang masih menguncup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat