8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (20-24 Sept 2021)

1,504

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Minit Mesyuarat RBA (Selasa 9.30 Pagi): Pelabur bakal meneliti butiran lanjut mesyuarat dasar monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang berlangsung pada awal September lalu. RBA masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan meneruskan rancangan untuk mengurangkan pembelian bon namun tempoh akan dilanjutkan sehingga Februari tahun hadapan.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Rabu): Sesi Asia pada Rabu akan menyaksikan keputusan mesyuarat dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) dengan jangkaan kadar faedah dikekalkan dan BOJ akan terus mengekalkan dasar yang longgar untuk menyokong ekonomi Jepun.

 Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Bakal menjadi acara tumpuan utama pada minggu ini adalah keputusan mesyuarat dasar oleh Federal Reserve (Fed) selepas pelabur menantikan jawapan untuk pelaksanaan langkah untuk pengetatan polisi. Pastinya US dolar akan memaparkan pergerakan menarik pada minggu ini.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Switzerland (Khamis 3.00 Petang): Swiss National Bank (SNB) dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah yang rendah di paras -0.75% tidak berubah. Kenyataan susulan bank pusat berhubung dasar monetari akan diberi perhatian.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan Eropah (Khamis 4.00 Petang): Keluaran data bagi sektor ekonomi di Eropah khususnya di Jerman sebagai ekonomi terbesar akan memberi penilaian terhadap kesihatan ekonomi semasa untuk pelabur.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan UK (Khamis 4.30 Petang): Menyusul pula data bagi sektor ekonomi di UK untuk pelabur menilai kesihatan ekonomi semasa berikutan UK masih dihimpit tekanan oleh beberapa faktor domestik.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat England (Khamis 7.00 Petang): Turut menjadi tumpuan pada minggu ini adalah keputusan Bank of England (BOE) dalam penetapan dasarnya selepas data inflasi UK yang diterbitkan positif minggu lalu menimbulkan jangkaan untuk langkah pengetatan polisi dilaksanakan bank pusat.

Data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan AS (Khamis 9.45 Malam): Sektor aktiviti ekonomi di Amerika Syarikat akan dipantau pelabur. Bacaan awal bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk bulan September masih dijangkakan berada pada paras yang baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat