80 PIPS Potensi Penurunan Harga Pada Chart AUD/JPY

821

Data inflasi China untuk bacaan bulan Januari baru sahaja dikeluarkan pada jam 9.30 pagi tadi (Jumaat) di mana secara keseluruhan tidak menunjukkan bacaan angka yang memuaskan.

Data indeks harga pengguna (CPI) turun ke paras 1.7% berbanding jangkaan kekal di paras sebelumnya iaitu pada 1.9%.

Manakala, data indeks harga pengguna (PPI) pula turut merosot ke paras 0.1% berbanding jangkaan penurunan 0.3% daripada data sebelumnya iaitu 0.9%. Data PPI yang lemah dipercayaia terkesan oleh sektor perindustian yang perlahan di China.

Ditambah pula dengan laporan terbaru terhadap perkembangan rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat yang kurang menyenangkan pasaran akan mempengaruhi nilai dagangan matawang berpulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand.

Sebaliknya, matawang berpulangan rendah atau berstatus safe-haven, Yen terutamanya, mendapat manfaat daripada situasi sentimen pasaran yang berisiko ini. Pelabur yang mula bimbang akan mengalihkan pelaburan mereka ke arah aset yang lebih selamat.

Dari sudut teknikal, pasangan matawang AUD/JPY adalah sesuai untuk diberi perhatian. Pergerakan pasangan matawang tersebut telah menunjukkan corak penurunan harga sejak dagagan semalam. Jika sentimen pasaran semasa terus kekal berisiko, harga berpotensi untuk turun lebih rendah sehingga 80 pips penurunan harga atau lebih.

Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart AUD/JPY dan padankan dengan analisis teknikal anda untuk mencari peluang posisi dagangan pada pasangan matawang ini.

 

Lihat juga paras tumpuan yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 78.042, 77.631, 77.036.
Paras resistance: 79.048, 79.643, 80.054.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat