9 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (17-21 Mei 2021)

1,024

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pelabur sepanjang minggu ini.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Dagangan mata wang Pound Sterling bakal dipengaruhi oleh terbitan laporan pekerjaan UK yang terbaru sementara perkembangan pembukaan semula ekonomi masih dipantau oleh pelabur.

Data KDNK Zon Eropah (Selasa 5.00 Petang): Bacaan terbaru bagi pertumbuhan ekonomi Eropah bagi suku pertama 2021 dijangka tidak berubah di paras -0.6% selepas sedikit menguncup berbanding suku sebelumnya.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Kadar inflasi tahunan UK diunjurkan untuk meningkat 2 kali ganda untuk bulan April. Bacaan teras juga diramalkan turut meningkat.

Data Inflasi Eropah (Rabu 5.00 Petang): Peningkatan kadar inflasi di Eropah sejak awal tahun dilihat positif dan berpotensi mempengaruhi perubahan keputusan dasar oleh bank pusat Eropah. Dengan kenaikan berterusan inflasi akan mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar yang longgar sebelum ini.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lanjut minit mesyuarat selepas Federal Reserve (Fed) masih mengekalkan polisi longgar walaupun terdapat kenaikan pada kadar inflasi. Sebarang petunjuk untuk pengetatan polisi akan melonjakkan nilai US dolar dalam pasaran.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Pelabur bakal berwaspada terhadap dagangan dolar Aussie menjelang laporan pekerjaan dengan jangkaan penurunan pada kadar pertambahan pekerjaan untuk bulan April.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Jumaat 4.00 Petang): Pergerakan mata wang Euro dijangka lebih agresif pada penghujung minggu menjelang data sektor ekonomi bermula dengan Perancis, Jerman diikuti bacaan bagi zon Eropah.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Jumaat 4.30 Petang): Sektor pembuatan dan perkhidmatan di UK kekal memaparkan bacaan yang stabil di atas paras 50.0 mata menunjukkan pengembangan baik.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Jumaat 9.45 Petang): Sesi New York pula akan memberi tumpuan pada data sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat dengan jangkaan bacaan untuk bulan Mei kekal kukuh untuk petunjuk pemulihan ekonomi yang positif.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat