9 Koleksi ‘Rare’ CryptoPunks Bakal Dilelong Bulan Hadapan

552

Selain MoonCatRescue, non-fungible token (NFT) CryptoPunks juga menjadi kegilaan peminat sektor ini.

Dalam pengumuman terbaru yang dimuatnaik di laman Twitter @ChristiesInc, sebanyak 9 NFT CryptoPunks ‘rare’ akan dilelongkan bawah pengurusan rumah lelongan Christie’s pada bulan hadapan, 13 Mei 2021 di New York.

Kesemua seni digital yang dipasarkan di Larva Labs itu adalah daripada hasil lombongan bawah 1,000 yang mana bermakna dihasilkan ketika awal penubuhan firma tersebut.

Koleksi tersebut dilabel dengan nombor lombongan: 2, 532, 58, 30, 635, 602, 768, 603 dan 757. Menariknya ‘rare alien’, antara koleksi CryptoPunks juga turut akan dilelong bersama.

Bulan lalu rumah lelongan itu berjaya melelong karya Beeple bertajuk ‘Everydays: The First 5000 Days’ pada harga $69 juta, dibayar dalam ether (ETH).

DeGenData mendedahkan, susulan daripada pengumuman Christie’s, ramai penjual punk menarik koleksi mereka dari pasaran, diikuti dengan lonjakan harga yang mendadak.

“Adakah mereka akan hodl Punks mereka atau menyenaraikan semula ketika harga meningkat?”

Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik DeGenData, lantai harga telah meningkat ke paras sekitar 5 ETH.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat