Harga emas terus suram di paras terendah dua bulan, ketika peningkatan US dolar ke puncak tertinggi lima tahun melemahkan permintaan terhaPreview (opens in a new tab)dap logam berharga itu.
Pada sesi Asia, spot emas diniagakan lemah pada $1,883 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,884 per auns.
Kemaraan US dolar semakin tidak dapat dibendung selepas raja mata wang itu menyentuh paras ketinggian lima tahun dan kini menuju ke puncak paling tinggi yang tidak pernah dilihat sejak tahun 2002.
Keyakinan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) minggu depan dan akan datang, terus mendorong kelemahan dalam dagangan emas.
Bagaimanapun, kemerosotan emas dibataskan oleh prospek menyuramkan terhadap pertumbuhan ekonomi Eropah yang mungkin terkesan dengan tindakan Rusia untuk menghentikan eksport gasnya ke Poland dan Bulgaria.
Selain itu, kadar inflasi global yang tinggi turut membantu dagangan emas untuk kekal stabil di skeitar harga $1,900 per auns walaupun dolar greenback meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Menurut Majlis Emas Dunia (WGC), permintaan global untuk emas melonjak 34% tahun ke tahun dalam suku pertama iaitu yang tertinggi dalam tempoh tiga tahun selepas dipacu oleh kebimbangan pelabur terhadap perang di Ukraine dan lonjakan inflasi.