A.S Keluarkan Amaran! Bursa Kripto Akan Terus Dipantau Oleh Pihak Berkuasa

9,978

Pada hari ini, Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat yang ke-15, Wally Adeyemo mengeluarkan amaran kepada bursa pertukaran matawang kripto dan institusi kewangan agar tidak membantu Rusia dalam melampaui sekatan yang dikenakan.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Amerika akan mengesan dan menghukum mereka yang tidak mematuhi permintaan ini.

Pihak berkuasa tekad untuk memantau setiap sektor yang cuba membantu Rusia mengelak sekatan kewangan yang dikenakan ke atas negara itu selepas Vladimir Putin melancarkan “operasi ketenteraan khas”nya di Ukraine.

Lanjut Adeyemo, pihak berkuasa akan mengambil tindakan kepada mereka yang cuba membantu Rusia dalam mengelak sekatan dan dalam mengambil kesempatan. Waima begitu, beliau percaya bahawa Rusia tidak dapat memintas sekatan kewangan yang dikenakan melalui mendapatkan khidmat bursa kripto atau firma kewangan.

“Kami akan terus mencari mereka yang salah guna keupayaan yang ada dan dalam masa yang sama kami memastikan bahawa Rusia tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi sekatan yang telah kami kenakan” – Adeyemo.

Pada minggu lau, Christine Lagarde – Presiden Bank Pusat Eropah turut mengeluarkan amara yang sama. Beliau menegaskan bahawa syarikat kripto yang membantu Rusia memintas sekatan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat