“Adakah HBAR dapat tembus $0.10 dalam masa terdekat ini?”
Mata wang kripto Hedera Hashgraph (HBAR) menggunung lebih 15% apabila platform pembayaran segera Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) FedNow menambah Dropp, platform pembayaran mikro berasaskan HBAR sebagai penyedia perkhidmatan.
Menurut FedNow, Dropp ialah alternatif pay-by-bank kepada pembayaran kad kredit yang membenarkan pedagang menerima pembelian bernilai kecil secara digital tanpa yuran transaksi yang besar.
Umum mengetahui HBAR yang menggambarkan dirinya sebagai blockchain berstruktur unik susulan memiliki konsensus hashgraph adalah public distributed ledger yang berjaya capai lebih 10,000 transaksi sesaat.
Menerusi pemerhatian, purata aktif harian HBAR berkembang 288% year-to-date iaitu melonjak daripada 3,500 pada 13,500 menjelang suku kedua 2023 manakala dari segi purata penciptaan harian akaun baharu, ia telah meningkat sebanyak 340%.
Pemacu utama di sebalik peningkatan aktiviti HBAR pada suku kedua adalah susulan daripada koleksi non-fungible token (NFT) Karateka yang merupakan permainan Web3 dibina oleh GameOn memanfaatkan IP Karate Combat.
Namun perlu diketahui HBAR sejak beberapa bulan lalu telah melihat beberapa kemas kini, antaranya adalah FreshSupplyCo (FSCO), sebuah platform menandakan aset di seluruh rantaian bekalan agrifood yang menyepadukan HBAR ke dalam API.
Bank Korea Selatan Shinhan Bank juga baru-baru ini melaksanakan pilot proof-of-concept (POC) stablecoin yang dibina pada rangkaian awam open-source HBAR.
Sehingga berita ini ditulis, harga HBAR melonjak sebanyak 13.04% pada paras $0.07 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $2 bilion seterusnya merekodkan kenaikan sekitar 26.91% sepanjang minggu lepas.