US dolar masih terus memanjangkan pengukuhannya sehingga ke penutup sesi New York walaupun pada pembukaan sesi menunjukkan sedikit penyusutan awal.
Sentimen pasaran yang berisiko menjadi faktor mendorong situasi pengukuhan US dolar berikutan kebimbangan terhadap isu hartanah di China semakin meningkat.
Di sesi New York semalam diterbitkan data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah yang semakin menurun, turut memberi sokongan pergerakan positif US dolar.
Selain sentimen risk-off, pasaran juga meletakkan jangkaan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) yang masih kekal dalam landasan pengetatan sebelum ini, akan membantu pengukuhan US dolar menuju mesyuarat pada September.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/situasi-terkini-pasaran
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga susut ke paras terendah terbaru lagi mencecah sekitar 1.08600 di penghujung sesi New York, namun berlaku lonjakan dahulu pada awal sesi.
Kenaikan pada awalnya hampir menyentuh paras 1.09200 namun harga dilihat gagal bertahan dengan halangan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, mengekalkan kembali harga di bawah zon 1.09000.
Seterusnya, penurunan lebih rendah boleh dijangkakan lagi dengan sasaran adalah untuk menuju zon support pada 1.08000.
Sesi Asia pagi ini (Jumaat) menyaksikan cubaan kenaikan harga yang menguji halangan MA50 di sekitar 1.08900.
Jika harga berjaya tembus lebih tinggi akan menjangkakan kenaikan untuk menguji semula zon 1.09000 sementara pelabur memerhatikan isyarat perubahan trend di penghujung minggu ini.
Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai semula hingga paras rintangan 1.1000 sebelum ini, namun memerlukan faktor yang membuatkan US dolar lebih ketara melemah.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG