Ada Peluang Ke Memecoin Ini Tewaskan DOGE Lepas Terjun 40%?

196

“Sekarang nampak macam lemah tapi mana tahu akan datang BONK ni dapat kalahkan memecoin lain. Dulu DOGE pun macam tu jugak.”

Sejak beberapa minggu memecoin BONK berasaskan Solana (SOL) menyaksikan pendakian dengan capai kedudukan top 200 dalam pasaran, namun nasib tidak menyebelahinya kali ini apabila aset digital itu secara tiba-tiba menjunam.

Walaupun kebanyakan mata wang kripto menggunung tinggi dalam tempoh 24 jam lalu manakala pasaran pula secara keseluruhannya lonjak 3.38% pada $881.76 bilion, harga BONK nampaknya tetap melemah.

Namun yang paling musykilnya harga SOL sejak awal tahun ini secara konsisten melonjak tetapi aset digital itu telah susut sebanyak 35% tanpa sebab dalam tempoh 24 jam terakhir.

Secara umumnya, kebanyakan whales didapati membeli sejumlah BONK dalam beberapa minggu lalu, antaranya terdapat whales telah mengaut berjuta-juta mahupun berbilion-bilion memecoin tersebut secara pantas.

Meskipun begitu, had pasaran BONK yang dicairkannya telah junam sekitar 32.61% pada $102 juta manakala volum dagangannya pula raih 200% pada $36 juta ekoran sesetengah pelabur besar SOL menjual pegangan BONK mereka untuk menjana keuntungan.

Sementara itu, komuniti SOL yakin memecoin tersebut dapat lonjak lagi apabila pembangun koleksi non-fungible token (NFT) Bonkz bertindak membakar 13 bilion BONK selepas selesai jualan awalnya.

Setakat penulisan ini, harga BONK berlegar pada zon $0.000001000 berbanding pada bulan lepas raih sekitar 837% .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat