Ada Potensi Untuk Ringgit ‘Meledak’ Tahun Ini

657

Ringgit Malaysia dijangka akan mendapat sokongan daripada pembukaan semula China yang dilihat akan membawa lebih banyak kemasukan pelancong dan menggalakkan eksport.

Penganalisis daripada DBS Group Holdings Ltd, Barclays Plc dan RBC Capital Markets melihat ringgit akan kekal berada di sekitar paras semasa 4.45 sehingga Jun.

Ini susulan kebimbangan terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah yang berterusan oleh Federal Reserve (Fed) yang boleh memberi impak kepada mata wang lain apabila US dolar kukuh.

Pun begitu, impak daripada pembukaan semula China dari segi kemasukan pelancong dan perdagangan akan dirasai lebih ketara menjelang pertengahan tahun yang pastinya akan membantu menyokong ringgit.

Selain itu, tekanan ke atas mata wang pasaran juga dijangka akan berkurangan apabila Fed semakin hampir kepada penghujung kitaran kenaikan kadarnya pada separuh kedua tahun ini.

Ringgit akan mendapat manfaat daripada hubungan perdagangan yang kukuh dengan China, lebih-lebih lagi ekonomi gergasi kedua dunia itu merupakan destinasi eksport utama Malaysia.

Dalam pada itu, HSBC Holdings Plc mengunjurkan keuntungan lebih besar untuk ringgit berikutan prospek Fed akan mencapai penghujung kitaran pengetatannya bakal menamatkan dominasi dolar greenback.

Pasaran menetapkan kadar faedah Fed akan memuncak pada bulan September.

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! Klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat